Monday, August 1, 2011

Ramadhan Al-Mubarak, aku nantikan kedatanganMu...

Salam 1 Ramadhan untuk semua Muslim & Muslimah di seluruh dunia.....

Aduh, ayat sendiri tak boleh blah la...hehe, sajer jer tuh, pembuka kata sempena masuk bulan Ramadhan yang mulia ini. Alhamdulillah, syukur ke hadrat Illahi dengan limpah kurnianya dapat lagi kita berpuasa seterusnya menunaikan Rukun Islam yang Ketiga hari ini bersamaan dengan 1 Ogos 2011, Isnin. Seperti setiap tahun, setiap orang pasti mempunyai hajat dan niat yang kita sendiri cipta untuk memperbaiki setiap kelemahan yang ada...pasti, kita tidak terlepas daripada berniat ke arah yang baik bukan? Misalnya tahun nih berniat nak posa penuh sampai ujung...(erk bejaya ker kalau kita nih dalam gender Perempuan??, tepuk dada tanya minda la...), kalau yang tengah pregnant tuh surely la agak berjaya pada kadar peratusan 50%, sebab apa? yer la 1) Sah2 la Perempuan preggy tak ada datang bulan kan? kalo sesiapa yg datang bulan time preggy, anda dinasihatkan untuk berjumpa Doktor Gynae secepat yang mungkin ok....bahaya woo, boleh dikategorikan bleeding lah tuh... 2) kita kata selebihnya 50% sebabnya adalah para perempuan yang preggy bukan ker kuat makan, asik kelaparan jer siang dan malam, ada la possibility utk bernafsu besar untuk berbuka puasa d siang hari kan? hehehehe....panjangnya melalut nih..

So, back to the strory....Al kisahnya, kita tak tau lah kenapa Ramadhan ini paling dinanti...tidak seperti tahun2 yang sebelumnya, sinarnya kurasai...chewah! Mula2 terdetik hati adakah ini panggilan seperti yang dirasakan oleh saudari Catrioana Ross sedikit masa dulu....yer la, kita amik contoh Catriona Ross sebab die pun asal seperti Awin jugak....free hair ma, gongeng n togel kepalanya seperti yang diucapkan oleh Opahda gue (tak bertutup rambutnya a.k.a aurat kan tu)...then we turn to cover our hair n wears hijab like others? Wears hijab? betul ker ni? seyes ker kita nih? Semua persoalan tuh dah berligar2 lam fikiran ni lama dulu, sehingga semalam..................dan hari nih, dengan nekad sebulat hati, di pagi 1 Ramadhan 1413 yang indah ini, yer saya.....Puan Mazwin Binti Laman, isteri kepada En.  Azhar Bin Othman telah berjaya mengatasi rasa itu... yer rasa yang satu itu, iaitu........sampai bila kita nak membuat perubahan kepada diri sendiri ni? Setidaknya, biarlah perubahan yang baik itu datangnya dari dalam diri kita sendiri bukan? Tanpa paksaan daripada sesiapa, itu adalah lebih afdal dan beristiqamah untuk selamanya. Bagus kan perasaan sedemikian rupa...? oh alangkah indahnya Islam dan intipati di dalamnya kan? Cuma mungkin sebelum ini kita alpa dan leka dengan duniawi, namun terima kasih Allah kerna membenarkan insan kerdil ini untuk memperbaiki diri selagi sempat dan belum tutup mata, MasyaAllah....begitu besar petunjukmu selama ini, natijahnya kita sendiri tidak menyedari dan tidak pula hendak memperbaiki diri....Astagfirullah.....

Point of the long blogging today adalah......Allah telah membukakan mata hatiku untuk memperbaiki diri sedikit demi sedikit. Itu sudah cukup membuatkan hari pertama di dalam bulan Ramadhan 2011 ini menjadi begitu berharga sekali. Tak lupa juga, bersempena Ramadhan kali ini, aku panjatkan doa padamu ya Allah, agar diperbetulkan segala yang masih lagi longgar di dalam pembetukan akhlak seorang wanita muslimah, seorang isteri solehah dan juga seorang ibu mithali. Ya Allah, peliharakanlah solatku sesungguhnya solat itu tiang agama, dan aku berdosa jika tergolong di dalam umatmu yang cuba untuk menggoyangkan tiang tersebut.

"Tidak menunaikan solat fardu ketika berpuasa. Sabda Rasullulah S.A.W,: Beza di antara seorg muslim dengan syirik adalah meninggalkan solat. Berapa banyak orang yang berpuasa tetapi tidak mendapat apa apa kecuali hanya lapar dan dahaga."

Oleh yang demikian, satu sahaja harapan kita yang kian menggunung dari sehari ke sehari......"Wahai anak Adam, peliharalah solatmu sesungguhnya solat itu dapat mencegahmu daripada perbuatan mungkar." Sempena bulan Ramadhan yang mulia ini, aku pohon padamu Ya Allah agar kau peliharakanlah solat bagi hambamu ini. Percukupkanlah setiap waktu itu, hanya 5 hingga 10 minit diperuntukkan untuk kita sujud dan menyembah pada Allah yang satu......

Ramadhan juga adalah bulan yang terkumpul segala kebaikan di dalamnya. Oleh itu para umat anak cucu Adam semua, ambillah kesempatan ini untuk memohon 1001 kekesalan di atas segala dosa yang pernah kita lakukan sama ada secara sedar ataupun tidak. Bila dikenang kembali, dahulu zaman remaja dan muda belia, begitu liat untuk dikerahkan mengerjakan Solat Terawih. Tapi setelah bergelar ibu ini, Solat Terawih malam pertama semalam sudah tidak dapat dirasakan lagi. Sedih sebenarmya, tapi sebagai seorang isteri yang sayangkan suaminya, jadi ayah sahajalah yang pergi menunaikan Solat Terawih malam pertama yang begitu besar fadhilatnya...jika tak silap kita, diampunkan segala dosa rasanya....MasyaAllah, begitu besar fadhilat itu, oleh itu...rebutlah untuk mengerjakan Solat Terawih sekiranya berkesempatan......


Berbalik kepada cerita asal, hahahahaha melencong panjang kan? erm...Tenang rasa hati setelah ber'hijab' ini, terima kasih pada diri sendiri kerana berusaha untuk berubah tanpa paksaan daripada sesiapa. Kepada sang suami, Encik Azhar Bin Othman, terima kasih kerana menjadi motivator walaupun secara senyap, sekurang-kurangnya perubahan ini membawa kepada pengurangan bilangan dosa yang terpaksa ditanggung oleh seorang suami...Harapan : Besarlah cita2 agar ianya berterusan secara istiqamah dan berusaha untuk memperbaiki dari segi luaran dan dalaman. Sehingga itu, kita lampirkan bersama pix of me n my dear doter, Adani Damia untuk tatapan kalian semua...motif? entah la...saja suka2....:)

Ambil keberkatan bulan Ramadhan yang mulia ini...


May Allah bless her forever

Sehingga itu, Salam Ramadhan untuk semua, tata dada.....hingga jumpa lg..